Nora Jane Wahab
Jurutera + Pengurus Pembangunan Perniagaan, dengan pengalaman kerja di Malaysia & Afrika + Penulis buku “270 Hari Perempuan Melayu di Afrika Sepanjang Pandemik”
Nora Jane Wahab
Buku Travelog “270 Hari ...”
Buku travelog “270 Hari Perempuan Melayu adalah buku tulisan Nora Jane Wahab inspirasi daripada kisah ‘kembara dan kerja’ selama beliau berada di sebuah negara di benua Afrika, sepanjang musim pandemik covid tahun 2021.
Tema buku ini lebih diharapnya tidak keterlaluan sekiranya ia menjurus kepada travelog motivasi tentang jatuh bangun seorang ibu tunggal yang memiliki cita-cita peribadi yang mana cita-cita tersebut adalah untuk juga memberi kesenangan kepada dua puteri kelahiran.
Dalam masa yang sama tidak juga mahu melepaskan peluang yang ditawarkan untuk menjelajah dan mengembara melihat negara orang, apatah lagi di benua yang sangat jarang untuk dilawati oleh perempuan-perempuan dari negara Malaysia.
Bak kata pepatah, “kalau kail panjang sejengkal, jangankan lautan hendak diduga”. Buku travelog “270 Hari Perempuan Melayu di Afrika - Antara Cinta, Cita-Cita dan Covid” adalah berkaitan dengan kesungguhan dalam bekerja, sikap tidak putus asa disebalik ujian, keberanian seorang wanita, kasih sayang pelbagai bangsa, persahabatan, kemanusiaan dan juga penemuan-penemuan yang tidak tersangka di benua Afrika.
Buku ini telah terjual 1,000 salinan hasil cetakan dan usahasama dengan The Bibliophile. Dengan pelbagai testimonial positif yang diterima, pihak penulis dan penerbit mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang menyokong.
Buku suntikan inspirasi dari pengalaman wanita kental, Nora Jane Wahab, adalah hadiah dari wanita untuk wanita, dari seorang kakak kepada adik-adik pelajar muda, dari seorang ibu kepada anak, tidak kira apa peringkat umur. Sejujurnya telah banyak setiap dari kita telah melalui pengalaman, dan setiap pengalaman itu harganya tidak diukur dengan wang ringgit, bahkan wang ringgit akan menyusut nilainya. Jadi, kenangan yang tercipta, disusun adun dalam sebuah travelog sebagai motivasi, pembina semangat untuk semua wanita terus berjuang & tidak putus asa, dalam apa sahaja perjalanan hidup.
“ .....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kufur..” Surah Yusuf (87)
Maklumat Penting
( Update pada
16th Sept 2024 )
BUKU CETAKAN PERTAMA dengan COVER LAMA TELAH TAMAT!!!
COVER BARU untuk CETAKAN KEDUA akan DIMAKLUMKAN DI FACEBOOK.
Testimonial buku “270 Hari ...”
COMING
SOON!
BERWAJAH
BAHARU
Beli Buku “270 Hari ...”
Untuk belian buku “270 Hari Perempuan Melayu di Afrika Sepanjang Pandemik - Antara Cinta, Cita-Cita & Covid” . Ada sedikit notis :
1) Pada tahun 2022 - 2023 buku travelog ini telah terjual sebanyak 1000 naskhah oleh pihak penerbit, The Bibliophile.
2) Pada tahun 2024, buku travelog ini akan di’branding’ pada Muka Depan dan juga akan diterbitkan sendiri oleh penulis, Nora Jane Wahab
3) Nora Jane Wahab sedang mencari agen dengan keuntungan 30-40% , dropshipper keuntungan 25% untuk buku travelog ini.
4) Untuk info, buku travelog “270 Hari Perempuan Melayu di Afrika Sepanjang Pandemik” adalah tentang cerita motivasi seorang wanita yang ‘mengembara’ dalam pekerjaan di luar negara seorang diri. Pengajaran & ilmu adalah untuk disebarkan.
Cetakan ke-2 “270 Hari...”
Cetakan kedua buku travelog “270 Hari..” akan berada dipasaran pada selewatnya November 2024.
Cetakan kedua adalah selepas permintaan cetakan pertama terjual 1000 naskhah.
Cetakan kedua berwajah baru sebagai inspirasi memori indah berkelana di bumi Afrika.
Berminat utk buat tempahan awal sebelum Nov 2024, jadi ejen atau jadi dropsshipper untuk buku travelog “270 Hari ...” ?
Klik QR code pada page akhir website ini.
“ Merantaulah, orang berilmu dan beradab tidak diam beristirehat di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan hidup asing (di negeri orang) ”
-Imam Syafiee
Follow TikTok Nora Jane Wahab untuk video-video pendek sewaktu menjalankan tugas di Afrika
Like &
Subscribe
Kemaskini Info..
Mesej khas dari Nora Jane Wahab untuk
Tahun 2024
“Terima kasih untuk yang menyokong tulisan saya di Facebook juga yang menyokong buku “270 Hari..”. Saya dalam fasa menyiapkan buku ke-dua sambungan perjalanan di hantar semula ke Afrika pada April 2022 selepas saya menamatkan buku “270 Hari ..” di Malaysia pada Feb 2022. Dan tumpuan buku kedua adalah pada negara Ghana negara Afrika ke-2 yang saya menumpang mencari rezeki. Pengalaman mencabar, pengalaman mengujakan...insyaALLAH, pengalaman adalah untuk dikongsi. Jumpa lagi!”
Kenangan gambar di Wilayah Barat, Takoradi, Ghana, Feb 2023
Program Nora Jane Wahab
Berbekalkan pengalaman kerja selama hampir 16 tahun, dengan pelbagai organisasi termasuk dengan syarikat terkenal yang disenarai dalam Fortune 500, iaitu Petronas, kemudian dengan syarikat kejuruteraan, syarikat kontraktor dan syarikat perundingan lain di dalam Malaysia dan di luar Malaysia (khususnya benua Afrika), menjadikan Nora Jane Wahab seorang yang suka berkongsi dan suka mendidik.
Terlalu banyak pengalaman kerja dan perkara-perkara yang ingin di jadikan panduan kepada orang-orang muda atau rakan-rakan hampir sebaya yang ingin membuat perubahan dalam hidup, mencuba sesuatu yang baru atau mencari pengalaman-pengalaman baru melalui pekerjaan atau karier yang dibina.
Dengan pengalaman kerja, dalam bidang teknikal dan pengurusan, pengalaman menjadi pensyarah & tutor, terlibat sebagai pelatih bertauliah (certified trainer), juga pernah terlibat menjadi panelist, penceramah di beberapa persidangan , menjadi mentor dan fasilitator untuk bengkel kerjaya pelajar-pelajar universiti dan kolej, Nora Jane Wahab sudi untuk menjadi pembimbing dalam program berkaitan kerjaya.
Antara pengalaman Nora Jane Wahab di pelbagai lokasi :
Antara pengalaman Nora Jane Wahab di pelbagai lokasi :
Antara pengalaman Nora Jane Wahab di pelbagai lokasi :
Antara pengalaman Nora Jane Wahab di pelbagai lokasi :
Antara pengalaman Nora Jane Wahab di pelbagai lokasi :
Antara pengalaman Nora Jane Wahab di pelbagai lokasi :
Jemputan oleh Buletin TV9
Nora Jane Wahab @ TV9
Nora Jane Wahab @Traxx fm
angelo brewing
Jemputan oleh Radio Traxx Fm
PROGRAM NORA JANE
NJ CONSULTANCY
CV COACHING / WRITING
FOR FRESH GRADUATES
Bimbingan menulis CV untuk graduan baru
Bimbingan menulis Cover Letter
Bimbingan bina profil di Linkedin & cara
guna ‘feature’ penting di Linkedin
Bimbingan buat ‘networking’ di Linkedin
Email for details :
careerconsultancybynjw@gmail.com
PROGRAM NORA JANE
NJ CONSULTANCY
CV ‘UPGRADE’/cv naiktaraf
FOR WORKING PEOPLE / GROUP
Bimbingan naiktaraf CV untuk pekerja
berpengalaman
Bimbingan naiktaraf CV untuk ‘career change’
Bimbingan bina CV untuk ‘career comeback’
Bimbingan bina profil, ‘networking’ di Linkedin
+ ‘feature’ penting
Email for details :
careerconsultancybynjw@gmail.com
PROGRAM NORA JANE
NJ CONSULTANCY
MOTIVATIONAL, MENTORSHIP,
EMPOWERMENT, LEADERSHIP
Collaboration with ngo & training provider
Email for details :
careerconsultancybynjw@gmail.com
Nora Jane Wahab, menawarkan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kepimpinannya sebagai individu, untuk menyokong latihan, aktiviti CSR, pembangunan projek pemerkasaan wnaita dan orang muda/graduan, dan program pembangunan kompetensi dengan memanfaatkan pengetahuan, kemahiran sosial dan kemahiran insaniah, daripada pengalaman kerja pelbagai jawatan dalam tempoh hampir 16 tahun kerjaya dan bersosial.
Untuk dihubungi : careerconsultancybynjw@gmail.com
Klik QR code dibawah ini untuk tempahan cetakan kedua buku travelog “270 Hari Perempuan Melayu di Afrika Sepanjang Pandemik”. Peluang sebagai dropshipper dan ejen juga dengan keuntungan lumayan!